Saturday, February 28, 2009
Tuesday, February 17, 2009
Rawdah: Sinar Ilahi

Sebuah album nasyid yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Album ini mengandungi 12 buah lagu yang mampu menyentuh jiwa bagi yang mendengarnya. Dengan mempersembahkan konsep irama nasyid moden dan tradisi, album ini diyakini dapat memberi kepuasan kepada para peminat nasyid tempatan. Boleh didapati di Kedai Buku Koperasi DBP, Kuala Lumpur dengan harga RM19.90 sahaja. Sila Klik
Monday, February 16, 2009
Irama Studios
Sebuah studio rakaman yang terletak di Pusat Bandar Puchong, bersebelahan dengan pasaraya Tesco. Mula beroperasi sejak awal 2004. Ditubuhkan dengan tujuan utama untuk menyediakan perkhidmatan kepada mereka yang berminat dalam seni bermain alat muzik dan persembahan. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah penerbitan album, rakaman suara (voice over), bilik latihan bermain alat muzik (jaming), penciptaan dan penggubahan lagu. Studio rakaman ini mempunyai ruang agak selesa bagi mereka yang berkunjung di sana, dilengkapi dengan ruang tamu yang luas, ruang solat, ruang pejabat dan dapur. Beberapa artis tempatan pernah membuat rakaman suara di sini, antaranya Dato' sharifah Aini, Andre Goh dan Rozita Izlyn. Selain itu beberapa kumpulan koir dan nasyid dari badan-badan kerajaan juga pernah membuat rakaman, antaranya Dewan Bahasa dan Pustaka, Jakim, Kementerian Pertahanan dan sebagainya. Buat masa ini Irama Studio sedang giat untuk menerbitkan album sulung kumpulan Rayyan. Nantikan kelahirannya. Layari http://www.iramastudios.com.my/ Saturday, February 14, 2009
Damai Yang Hilang


Damai Yang Hilang (OA: Nowseeheart)-Lagu yang kami bawa dalam persembahan Malam Baca Puisi Gaza DBP, baru-baru ini. Alhamdulillah dapat dipersembahkan dengan baik dengan gaya dan cara tersendiri. Harapan Rayyan, lagu yang disampaikan dapat memberi keinsafan kepada semua.Tahniah buat rakan-rakan yang terlibat iaitu Sdr. Razid, Nash, Hanim, Zamri dan Azizan. Kepada rakan-rakan yang lain, harapan kami untuk persembahan akan datang, anda semua dapat ikut serta. Tidak lupa ucapan terima kasih dan tahniah kepada Cikgu Mahzan dan Sdr. Abby yang banyak membantu serta memberi sokongan kuat kepada Rayyan. (Sumber foto: http://www.rayyan.myportal.my/)
Friday, February 13, 2009
Tuan Haji Mahzan Manan

Tuan Haji Mahzan Manan, penggiat nasyid dan komposer veteran tanahair, merupakan guru pembimbing yang amat kami hormati. Seorang yang berpengalaman luas dalam bidang muzik khususnya untuk lagu-lagu berirama nasyid, keroncong, asli dan moden. Gubahan vokal berharmoni yang unik merupakan keistimewaan dan kemahiran yang beliau miliki. "Lain daripada yang lain". Kini, beliau merupakan penggiat muzik bebas yang kerap dilantik oleh pelbagai agensi untuk menjadi jurulatih kumpulan nasyid dan koir. Selain itu beliau juga sering dijemput menjadi hakim bagi pertandingan lagu-lagu nasyid badan-badan kerajaan dan swasta. (Sumber foto: http://www.nasyeed.com/)
Salam Perkenalan

RAYYAN, mungkin masih baru dalam industri hiburan tempatan. Begitupun, kumpulan yang dianggotai 9 pemuda antaranya Abdul Malek Abdullah, Mohamad Nasir Zawawi, Abdul Hanim Musa, Nasaruddin Nasir, Mohd Fadzli Tajuid, Mohd Rizan Yusof, Mohd Zamri Abdul Hamid, Razid Sahran dan Yahya Abu Bakar sudah meraih beberapa kejayaan yang boleh dibanggakan sejak penubuhannya pada Februari 2004, antaranya Johan Festival Nasyid Kebangsaan, Johan Festival Nasyid Antara Kementerian dan Johan Nasyid Marhaban di Astro di bawah bimbingan komposer berpengalaman Tn. Haji Mahzan Manan dan diketuai Saudara Abu Bakar Buyong. Sebahagian besar anggota kumpulan ini merupakan pegawai dan staf Dewan Bahasa dan Pustaka, yang pada asalnya ditubuhkan secara tidak dirancang bagi mewakili Kementerian Pelajaran dalam Festival Nasyid Antara Kementerian anjuran Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2004. Dengan tertubuhnya Rayyan, mereka berharap dapat mewarnai persada seni tanahair melalui penyampaian lagu dakwah di samping memartabatkan bahasa dan kesusasteraan Melayu. - (Sumber Edit: www.rayyan.myportal.my)
Subscribe to:
Comments (Atom)
